Pengguna
  • 7.2
  •  
Softonic
  • 10
  •  
Lesen:
percuma
Bahasa:
Bahasa Inggeris
OS:
  • Windows XP
  • Windows Vista
  • Windows 7
  • Windows 8
  • Windows 8.1
Versi terbaru:
2.2.42000-01-01
Muat turun bulan lepas:
78,302,613
Saiz:
29.75 MB
Pembangun:

Sememangnya pemain media pelbagai format terbaik

Jika anda ingin memainkan video atau muzik di dalam mana-mana format, VLC media player mungkin jawapannya.

VLC media player ialah pemain multimedia sumber terbuka yang percuma serta paling berjaya di luar sana dengan lebih 500 juta muat turun menurut pembangunnya. Secara khusus, VLC media player ialah alternatif hebat kepada Windows Media Player, iTunes, dan RealPlayer. Ianya ringan, laju, mudah diguna dan paling penting, memainkan hampir apa sahaja.

Dua tahun setengah telah berlalu sejak versi 1.0 dikeluarkan dan versi 2 ("Twoflower") datang dengan antara muka baru, penyahkodan lebih laju, sokongan lebih banyak format dan keupayaan untuk memainkan HD dan BluRay. Ia masih lagi pemain audio video yang paling stabil, fleksibel dan ringan yang ada hari ini. Ketika pemain media lain memainkan format luar kebiasaan hanya selepas muat turun kodek, atau sekadar menolak untuk memainkannya, VLC media player boleh mengendalikan sebilangan besar format, dari MPEG hinggalah FLV dan fail RMBV. Versi 2 melihatkan beberapa penambahan penting seperti sokongan kepada kod 10 bit ditambah nyahkod multi-ulir untuk H.264, MPEG-4/Xvid dan WebM.

Satu fakta berguna ialah anda boleh gunakan VLC media player untuk pratonton fail yang sedang dimuat turun kerana ia boleh memainkan bahagian fail yang tidak lengkap. VLC media player bukan setakat pemain balik video sebenarnya. Ia turut menawarkan integrasi cemerlang dengan servis aliran saluran video seperti Channels.com yang memberi akses kepada saluran seperti ESPN, Reuters dan National Geographic. Hanya klik kanan atau CMD-klik pada senarai main, pilih Services Discovery dan Channels.com. Channels.com akan dipapar pada senarai main VLC media player anda. Klik padanya untuk melihat pelbagai kategori dari saluran yang ada. Klik pada kategori yang anda kehendaki dan satu senarai drop down untuk semua saluran yang ada di VLC media player akan dipaparkan. Cuma klik pada saluran yang ingin ditonton dan aliran akan bermula serta-merta.

VLC media player juga menyokong kekunci pintas yang hebat dan jika anda ambil masa untuk mempelajari kekunci pintas agar ia boleh dikawal tanpa menyentuh tetikus/ Jika anda menonton DVD atau video menerusinya, ia bukanlah satu isu. Untuk muzik, ia memainkan hampir semua fail dan mempunyai ciri pengimbang bunyi dan ciptaan senarai main. Sebagai pengurus media VLC media player berintuisi tidak sebanyak iTunes, tetapi ia pemain yang lebih fleksibel dari segi format fail. Anda juga boleh menggunakan VLC untuk menukar fail anda, selain dari kesemua format dan media fizikal yang ia boleh mainkan, banyak protokol aliran dan kad penangkapan TV turut disokong.

VLC media juga memudahkan anda menambah sari kata kepada fail video - hanya tambah fail SRT ke folder di mana video anda disimpan, dan ia akan memainkan video dengan sari kata tersebut secara automatik.

Akhir sekali, sedikit sebanyak antara muka telah dipertingkatkan dalam versi 2 walaupun ia tetap berfungsi. Pun begitu, anda boleh muat turun kulit untuk mengubah sepenuhnya penampilan VLC media player. Menu keutamaan adalah komprehensif tanpa melebih-lebih, dan terdapat dokumentasi yang meluas di atas talian.

Jangan lupa menyemak beberapa pos blog kami seperti VLC media player lwn KMPlayer, Bagaimana memusing video dengan VLC media player, Bagaimana untuk selaraskan audio dengan video pada VLC media player dan Bagaimana menggunakan sari kata dengan VLC media player.

VLC Media Player secara mudahnya ialah aplikasi multimedia terbaik untuk Windows dan Mac. Ia memainkan hampir apa sahaja, dengan lancar - apa lagi yang yang anda perlukan?

Bagus
  • Menyokong sejumlah besar format
  • Sokongan kekunci pintas yang baik
  • Mudah digunakan
  • Ringan dan sangat fleksibel
  • Integrasi dengan servis aliran saluran web
  • Antara muka dipertingkat dalam versi 2
  • Lebih sokongan format dalam versi 2
  • Memainkan BluRay dan HD
Tidak bagus
  • Antara muka pengguna agak asas
  • Antara muka licik sliker dalam versi Mac

Muat turun: Paling Banyak Multimedia

  1. VLC media player

    Sememangnya pemain media pelbagai format terbaik

  2. GOM Media Player
  3. Windows Media Player 11
  4. KMPlayer
  5. Format Factory